Program Saringan Kesihatan Penduduk dan Hari Terbuka PI Selising
20 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniProgram Saringan Kesihatan Penduduk ini diadakan pada 19 Ogos 2016, bertujuan untuk memberi kesedaran, maklumat dan pemeriksaan kesihatan dikalangan penduduk termasuk pemeriksaan kesihatan am, kepentingan cara hidup sihat, pertandingan kuiz ICT dan pendaftaran keahlian Pusat Internet PERCUMA kepada penduduk kampung Gong Jering.
Disamping itu juga, matlamat Hari Terbuka PI Selising adalah memberi pendedahan dan maklumat tentang Pusat Internet kepada penduduk dan menarik minat penduduk untuk menyertai program yang dijalankan oleh Pusat Internet serta mengeratkan hubungan silatulrahim dan semangat kerjasama antara penduduk kampung dengan kakitangan Pusat Internet. Program usahasama PI Selising dengan kerjasama PI Kg. Chengal dan PI Kusial Bharu ini berjaya dilaksanakan dengan kehadiran seramai 300 orang penduduk kampung Gong Jering.
Tempat : Dewan Orang Ramai dan Tadika Kampung Gong Jering.
Tarikh : 19 Ogos 2016
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 Pagi – 4.00 Petang
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Kepentingan cara hidup sihat (Bersenam mencegah tingkah laku berisiko)
- Pendaftaran keahlian Pusat Internet (PERCUMA)
- Pemeriksaan kesihatan am (Tekanan darah, paras gula dalam darah dan paras kolestrol)
- Pertandingan mencantum huruf, mencari perkataan dan objek tersembunyi (Kuiz ICT)
- Pameran penjagaan kesihatan (Hidup aktif dan pemakanan sihat)
- Penerangan tentang KDB dan E-waste
- Pertandingan mengayam ketupat (Permainan tradisional)
- Penyampaian hadiah pertandingan (Kuiz ICT dan permainan tradisional)
- Jamuan Hari Terbuka PI Selising
VIP yang hadir:
- Wan Noraini Binti Wan Mat (Isteri ADUN Selising)
- Nik Mas Binti Mahmud (Wanita UMNO)
- YB Zulkifle Bin Ali (ADUN Selising)
- Pengurus PI Selising, PI Kg. Chengal dan PI Kusial Bharu
- Pegawai Hospital Tengku Anis
- Pegawai KEMAS
- Pegawai KOSPEN
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: